Halaman Author
Kontrol semua karyamu pada halaman author, kamu bisa memublikasikan karya baru atau mengatur karyamu dengan mudah dalam satu tempat.
Flash
Komedi
TERLALU CANTIK SAMPAI TAKUT AIR
1
Suka
6
Dibaca
Flash Fiction ini masih diperiksa oleh kurator

Aku Jesnita, dengan kulit mulus bak pau baru keluar dari pengukus dan rambut hitam berkilat macam tar jalan, memang jelita. Tapi, ada satu masalah besar: Aku fobia air. Bukan air laut, air sungai, atau air terjun. Tapi air paip!

"Jes, pi mandi la. Dah tiga hari tak kena air ni," Makcik Esah, mak Jesnita, membebel sambil hidu-hidu bau yang kurang menyenangkan.

Aku buat muka. "Ala, mak ni. Jesnita wangi lagi la. Wangi bedak sejuk."

"Bedak sejuk pun bercampur peluh, sama je busuknya!" geram Mak terhadap ku.

Aku mengeluh. Nak buat macam mana, memang Aku takut. Dulu, masa kecik, Aku pernah termasuk dalam baldi masa main. Trauma terus.

Satu hari, terpaksa ikut kawan Aku, si Minah, pi kenduri kahwin. Di sana, Aku berkenalan dengan Slim, seorang jejaka kacak yang kerja sebagai model sambilan. Slim terpukau dengan kecantikan Aku.

"Hang ni lawa sungguh. Macam bidadari jatuh dari langit," kata Slim, cuba ayat manis.

Aku tersipu-siput saat dia cuba mengurat. "Ala, biasa je."

"Tak biasa, Jesnita. Hang ni terlalu cantik, sampai aku takut nak dekat." Kata Slim.

Aku ketawa kecil. "Alamak! Takut kenapa pulak?"

"Satgi aku terkena tempias aura kecantikan hang, aku pulak yang jadi model," jawab Slim.

"Hang memang model lah!" ujarku.

Kami berdua bergelak ketawa. Slim ajak Aku menari. Aku setuju, tapi dengan satu syarat.

"Jangan dekat sangat. Nanti peluh hang menitik kat aku, rosak mekar," ucapku dengan percaya diri.

Slim angguk. "Baik, cik kak. Jaga-jaga, jangan sampai pengsan pulak. Aku dengar, orang cantik ni cepat penat."

"Biar betik. Hang pun mengakui," ujarku sembari ketawa.

Lepas kenduri, Slim hantar Aku balik. Sebelum balik, Slim hulur satu botol air mineral.

"Nah, minum. Muka hang dah pucat tu."

Aku pandang botol air tu macam tengok hantu. "Aku... aku tak minum air."

Slim terkejut. "Tak minum air? Habis tu, hang minum apa?"

"Aku minum... air sirap. Air teh. Air kopi. Janji bukan air kosong," jawabku.

Slim garu kepala. "Adoi, payah jugak awek takut air ni. Macam mana nak bawak pi swimming pool?"

Aku senyum kelat. "Swimming pool? Dalam mimpi je la."

****

Esoknya, Slim datang rumah Jesnita dengan satu idea gila. Dia bawak satu lori tangki air.

"Jesnita!" Aku dengar seseorang memanggil ku kat luar.

"Aku nak buat kejutan untuk hang," kata Slim dengan muka serius.

Aku dah cuak. "Kejutan apa ni? Jangan kata hang nak simbah aku dengan air satu tangki tu!"

Slim ketawa berdekah-dekah. "Mana ada! Aku nak buat kolam mandi bedak sejuk untuk hang. Biar hang mandi sampai puas."

Aku terlopong. Aku tak sangka Slim sanggup buat macam tu untuk Aku. Walaupun kolam mandi bedak sejuk tu nampak pelik, tapi Aku rasa terharu sangat bukan senang rancang benda tu.

"Hang memang gila la, Slim," kata ku sambil geleng kepala.

"Gila sebab hang. Sebab hang terlalu cantik, sampai aku sanggup buat apa saja."

Aku senyum manis. Aku rasa, mungkin Aku dah jumpa lelaki yang betul-betul sayang Aku, walaupun Aku takut air.

Emak dan kak long pun ketawa sampai pecah perut sebab baru ini tengok orang buat kolam bedak sejuk.

"Cuba Mak, teka. Berapa agaknye Slim, habis bedak sejuk satu tangki itu?" ujar Kaklong kepada Mak yang sedang perhatikan Slim takung air di depan rumah guna balon yang sudah di pompa dan disambut dengan selang air.

"Mak rasa 10 kg pun tak cukup, entahlah budak sekarang pelik," jawab Mak Jesnita.

"Slim, hang guna bedak sejuk brand apa?" tanyaku.

"Bedak sejuk Mak Jah," jawab Slim sambil mengatur posisi air biar tak tumpah.

Kami semua gelak, sebab bedak sejuk Mak Jah tu, produksi dari Datuk aku di Penang.

"Lain macam budak tu nak ambil hati hang," ujar Kaklong berbisik ditelingaku sebelum Kaklong berangkat ke depan tengok Slim buat benda itu. Aku pun tersenyum tersipu malu dan menyusul.

Lepas siap, Slim ajak Aku berenang di kolam yang direka barusan. Slim pun ikut serta, Mak dan Kaklong pun ikut.

Mereka tertawa dan mengakui, mandi kolam bedak sejuk serasa berendam di tub dan dialiri mata air pegunungan serta semerbak wangi alam semula jadi.

Sejak hari tu, Jesnita dan Slim jadi pasangan yang unik. Mereka selalu buat aktiviti yang tak masuk akal. Contohnya, pi dating kat kedai dobi, sebab Jesnita suka bau sabun. Atau pi berkelah kat kilang air batu, sebab Jesnita suka rasa sejuk. Ujar Mak

Orang kata, cinta itu buta. Tapi bagi Jesnita, cinta itu... pelik. Tapi dia suka. Sebab dengan Slim, hidup dia jadi lebih berwarna-warni, walaupun dia masih takut air. Sambung Kaklong.

Anda harus login atau daftar untuk mengirimkan komentar
Komentar (0)
Rekomendasi dari Komedi
Flash
TERLALU CANTIK SAMPAI TAKUT AIR
Flora Darma Xu
Cerpen
Bronze
Paket xxx
Rizal Syaiful Hidayat
Komik
FANATIC shield
Dirham Barik
Flash
Pelan Tapi Party
Lora Arkansas
Flash
Bronze
Cinta Mati
Raydinda Shofa
Flash
Bronze
Cicilan jalan-jalan
penulis kacangan
Cerpen
Bronze
Peduli Upil
Hekto Kopter
Flash
Bronze
Antagonis Menggugat
hidayatullah
Flash
Pilot
Andriyana
Flash
Tawa Tiwi
Binar N
Flash
ADA NODA DI MIE MBA AYU
Aston V. Simbolon
Flash
Keran
Mata Panda
Cerpen
Peringkat Palsu
Rie Yanti
Flash
Bronze
Kamis Bahagia
Arif Holy
Cerpen
Bronze
Kematian Saudara Kembar
Titin Widyawati
Rekomendasi
Flash
TERLALU CANTIK SAMPAI TAKUT AIR
Flora Darma Xu
Flash
AKU MASIH HIDUP
Flora Darma Xu
Flash
KEROPOK LEKOR BASAH
Flora Darma Xu
Flash
MELUR
Flora Darma Xu
Flash
JEBAKAN CINTA FILTERS
Flora Darma Xu
Flash
THE UNSUNG MELODY
Flora Darma Xu
Flash
ABOUT ME
Flora Darma Xu